Monday 19 December 2011

dia :(

Dia ? siapakah dia ? dia lahh kawan aku sejak aku sekolah rendah. dia tempat aku mengadu, dia tempat aku luah kan segala nya. Nama dia hanif, aku berkawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi. Aku satu kelas dengan dia, dia lahh kawan baik aku. Aku tak nak kehilangan dia. ketika aku dan dia sudah ke sekolah menengah. Kami masih rapat, hanif dan aku satu sekolah Cuma lain lain kelas. Aku pergi sekolah dengan hanif , balik sekolah dengan hanif study bersama sama dengan hanif. Hanif sangat bermakna buat aku. Dalam diam diam aku memendam perasaan aku kepada dia. aku mulai menyukai dia. semakin hari hanif semakin tampan, hanif membuat kan aku terpikat dengan dia. aku begitu rapat dengan hanif sehingga ada orang membuat tafsiran sendiri bahawa aku dan hanif couple. Tetapi aku dan hanif hanya lah kawan baik. Perasaan aku kepada hanif tidak berubah, aku berharap hanif juga menyukai aku. Pada suatu hari aku dan kakak aku bergaduh besar, aku berasa sedih lalu aku call hanif untuk mengadu perasaan aku. Hanif menenangkan aku, dia cuba untuk membuat aku ketawa. Aku berasa gembira kerana hanif sentiasa di sisi aku. Hanif amat bermakna bagi aku, pernah sekali aku di ganggu oleh pelajar pelajar senior sekolah aku, hanif memberanikan diri untuk pertahan kan aku. perasaan aku ketika itu sangat terharu dengan tindakan hanif.  Tetapi semakin hari hanif sudah berubah, dia tidak seperti dulu. Hanif dah semakin sosial. Hanif dah mula merokok. Aku cuba untuk nasihat dia tetapi dia tidak endah kan aku. pernah sekali hanif marah marah aku dan dia cakap aku neh perempuan yang tahu menyusah kan dia. hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu, aku tinggal kan dia dan aku balik ke rumah sambil menangis. Mama tanya kenapa aku nangis tapi aku endah kan mama dan aku masuk bilik. Aku berasa kecewa dengan sikap hanif , aku nekad untuk melupakan hanif. Aku nekad anggap yang aku tidak pernah kenal hanif dan hanif tak pernah wujud dalam hidup aku. aku mulai benci hanif. Ketika aku dan hanif gaduh time tuu cuti sekolah. Aku bersyukur sebab aku takkan jumpa dia dekat sekolah dan aku tak perlu jumpa dia lagi. Dua hari lepas aku dan hanif gaduh hanif call aku. aku mengendahkan. Hanif sms aku dia cakap “eyka hanif mintak maaf hanif tahu semua neh salah hanif , hanif tak sengaja marah eyka hari tho hanif rindu sangad dekat eyka, hanif teringin nak jumpa eyka, nak gurau dengan eyka” aku tetap dengan pendirian aku, aku tak kan contact hanif lagi. Keesokan hari nye hanif masih call aku , aku masih tidak memberi apa apa respond. Hanif sms aku lagi “ eyka marah hanif sangat sangat kan? Please eyka pick up hanif call , please reply hanif text. hanif rindhu sangad dengan eyka, hanif tak boleh jumpa eyka, dengar suara eyka pun takpe, hanif mintak maaf sangad sangad. Hanif tak sabar nak tunggu cuti sekolah habis sebab nanti boleh jumpa eyka, boleh pergi sekolah dengan eyka, boleh borak borak dengan eyka, hurrmmmm eyka hanif mintak maaf L “ aku masih tidak memberi apa apa respond walaupun hati aku berasa sedih, aku menangis sepuas hati aku. malam selepas tho hanif sms aku lagi “ eyka hanif mintak maaf , tolong maafkan hanif. Eyka still tak nak pick up hanif call kan? Tape hanif paham yang eyka dah benci hanif, kalau boleh sebelum hanif pergi hanif nak jumpa eyka buad kali terakhir, nak dengar suara eyka buad kali terakhir, nak ketawa dengan eyka buad kali terakhir . boleh tak eyka tunaikan permintaan hanif? Kalau tak boleh tape, eykaa... kalau hanif tade nanti eyka jangan nangis oke, hanif nak eyka gembira , hanif tak nak eyka sedih sedih, hanif nak tengok eyka gembira jee, hanif tade nanti eyka jaga diri elok elok tao, jangan bagi senior ganggu eyka dah. Nanti kalau diorang ganggu eyka hanif tak boleh pertahankan eyka dah. Hanif sayang eyka sangad sangad, sayang hanif dekad eyka lebih dari seorang kawan, eyka segala gala nya bagi hanif. Hope eyka dapat maafkan hanif. Assalamualaikum J “ . hanif sms aku ketika aku tidur, bangun keesokan hari nya aku baca sms yang telah dikirim oleh hanif. Sebak hati aku membaca apa yang telah hanif katakan. Aku mencuba call hanif tetapi hanif off phone. Aku mulai berasa tidak sedap hati. Tidak lama kemudian nombor yang tidak dikenali call aku. aku menjawab dan adik hanif yang call aku dengan suara tangisan yang teresak esak. Dia mengatakan hanif telah meninggal dunia akibat xcident. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut aku. hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu , hanya Allah yang tahu betapa sayu nya hati aku. aku tak tahu apa akan jadi dengan aku lepas neh , dengan siapa aku nak mengadu dengan siapa aku nak bergurau , dengan siapa aku nak pergi sekolah dengan siapa aku nak ketawa . siapa yang nak lindungi aku nanti . Ya Allah aku mohon engkau kembalikan lahh hanif kepada ku . Aku mohon Ya Allah. Ibu ku mengajak aku untuk pergi melawat arwah buat kali terakhir.  Hati ku berat untuk melihat dia , dia terbaring tinggal kan aku buad selamanya . Ya Allah kuat kan hati hamba mu. Dengan lemah aku bangun bersiap , setelah tiba di rumah arwah aku melihat hanif terbaring, aku terkilan dia tinggal kan aku di saat aku memerlukan dia. setelah sekian lama hanif pergi aku mencuba redha dengan pemergian dia walaupun susah untuk aku menerima semua yang terjadi . hanif tetap berada dalam hatiku dan segala kenangan aku dan dia takkan aku lupa kan L