Tuesday 28 February 2012

rindu yang terpendam

Kehidupan yang berjauhan dari keluarga amat memeritkan. Aku rindu ma aku rindu abah aku rindu adik adik aku aku rindu kakak aku aku rindu abang abang aku. Apabila keluarga aku berkumpul bersama hanya aku yang tiada di sisi mereka. Rindu aku terhadap mereka sangat mendalam. Aku rindu nak bergurau dengan mereka. Nak berjalan jalan dengan mereka. Rindu nak berborak borak dengan mereka. Rindu nak makan bersama mereka. Semua tentang mereka aku rindu. Hanya Allah yang tahu betapa aku rindu pada mereka. Tinggal bersama dengan pakcik aku adalah keputusan yang paling kesal pernah aku buat. Aku tak pk risiko berjauhan dengan keluarga aku. aku akan rindukan mereka. Aku rindu ma , aku rindu nak tengok hidustan dengan ma, rindu dengan masakan ma, rindu nak lihat ma senyum. Susah payah ma besar kan aku dan adik beradik yang lain. Dengan kepayahan yang begitu perit ma lalui untuk besar kan aku. aku rindu abah, rindu nak tengok abah senyum, rindu nak dengar abah berdengkur time tidur. Aku rindu abang abang aku yang suka bergurau kasar dengan aku. aku rindu kakak kakak aku yang suka bagi ceramah dekat aku. aku rindu adik adik aku yang suka bergaduh dengan aku. aku rindu adik qayyum yang suka manja manja dengan aku. aku rindu anak sedara aku yang bernama ashraf dan arshad. Aku rindu nak bergurau gurau dengan mereka. Agak agak ada lagi ke peluang untuk aku bersama dengan mereka seperti dulu ? Ya Allah kuatkan hati hambamu Ya Allah. Tahun neh aku kehilangan seseorang yang aku sangat sayang. Aku kehilangan seorang atuk yang penyayang. Dia yang menjaga aku dari kecil sehingga aku berumur 10 tahun. dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Dia yang sanggup redah hujan untuk ambil aku dari sekolah. Aku rasa terkilan dengan pemergian arwah. Dan aku rasa sangat terkilan kerana tidak dapat balik ke kampung ketika arwah pergi tinggalkan aku buat selama lamanya. Aku tak sempat nak tengok wajah arwah buat kali terakhir. Nenek aku pula sakit akibat serangan strok. Nenek aku yang menjaga aku seperti seorang ibu yang menjaga anaknya. Dia sanggup lakukan apa apa untuk aku. dia akan berikan apa yang aku minta. Sayu hati aku bila tengok dia hanya mampu terlantar diatas katil dan tidak boleh bergerak serta tidak boleh bercakap. Aku rindu dia belai rambut aku. sejak arwah atuk meninggal nenek aku duduk di Pahang dengan anak dia (umi angkat aku). bulan satu lepas aku pergi Pahang. Aku pergi tengok nenek aku, nenek aku menangis selepas tengok aku. time aku nak balik meru, dia menangis lagi.  dari mata dia aku tahu yang dia nak aku temankan dia. dia nak aku jaga dia macam mana dia jaga aku dulu. Tapi aku tak boleh , aku kena pergi. Keadaan yang memaksa untuk aku pergi. Aku tinggal dengan pakcik aku. aku kena akur dengan keputusan dia. Ya Allah engkau sembuhkan lah nenekku Ya Allah. Begitu banyak dugaan yang aku tempuhi selama aku hidup. Aku penat untuk semua dugaan yang tak tertanggung oleh diri aku sendiri. Aku tak sanggup berjauhan dari keluarga aku. aku tak sanggup menahan rindu aku terhadap mereka. Mereka tempat aku mengadu, bermanja dan berkongsi kasih sayang. Aku berharap aku dapat tempuh segala dugaan yang Allah SWT bagi dekat aku. aku redha dengan apa dugaan sekalipun . aku redha Ya Allah.